Hak cipta terpelihara KF10plus

Rabu, 6 Jun 2012

Gambar Cikgu K di Sambutan Hari Guru 2012


Alhamdulillah, Cikgu K telah Berjaya memenangi Guru Inovatif Individu Sekolah Rendah dalam Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hilir Perak yang berlangsung di Dewan MPTI pada 22 Mei 2012.Beliau merupakan guru Sekolah Kebangsaan Hutan Melintang.  Ciptaan inovatif beliau ialah
K-ezmath@Ksmarts.

Contoh modul KF10plus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua.
Berikut merupakan contoh modul KF10plus.
Hakcipta terpelihara 2012.






Selasa, 5 Jun 2012

CONTOH CARA PENGGUNAAN (APLIKASI) MODUL KF10 + Minus One (Operasi Tolak)


Keterangan lain mengenai KF10?


1.1       Penemuan asas kepada pembinaan Modul KF10 telah ditemui oleh penulis sejak tahun 2006 ( Modul DAFIR-Naib Johan MEGA,JPn Perak 2007 )

1.2       Penerangan mengenai Modul KF10 telah dibuat di Jabatan Pelajaran Perak -Inovasi Perak (Februari 2012) dan Pejabat Pelajaran Hilir Perak – Pertandingan Guru Inovatif (Mei 2012)

1.3       Modul KF10 telah diterima sebagai  Inovasi PPD Hilir Perak Ketogeri individu Sekolah Rendah 2012 (Modul KF10+Minus One)


1.4       Modul  KF10 mengandungi  LIMA  modul utama iaitu:-


5.4.1    Modul   KF10 Asas / KF10 Basic

5.4.2    Modul   KF10 +

5.4.3    Modul   KF10 + Minus One

5.4.4    Modul  KF10 +2

5.4.5   Modul   KF10 +3


CONTOH PENCAPAIAN PELAJAR YANG MENGGUNAKAN MODUL KF10 + Minus One (Operasi Tolak)



MODUL INOVASI TERKINI K-F10 Q & A KF10


1.       Apa  itu  KF10?

Merupakan modul  p&p Matematik  terkini  khususnya untuk membantu murid-murid yang  lemah atau lambat dalam operasi tambah dan tolak.

2.      Mengapa KF10  dapat  membantu?

2.1       KF10  hanya menggunakan  nombor-nombor dalam lingkungan  0 hingga 10 sahaja.  Oleh itu proses pengiraan menjadi lebih mudah, cepat dan tepat.
2.2       Tiada  lagi  syndrome tak cukup jari” di kalangan murid-murid kerana proses pengiraan hanya menggunakan  10 jari yang ada sahaja.
2.3       Modul  KF10  dapat meningkatkan  minat dan motivasi  murid dan dalam masa yang sama dapat menghindarkan  ‘syindrome sukarnya Matematik’.

3.      Siapa  yang patut menggunakan Modul KF10 ini?

3.1       Murid-murid  yang lambat dan cuai dalam pengiraan  tambah dan tolak di kelas perdana (linus dan linus tegar)
3.2       Murid-murid di kelas Pemulihan Khas
3.3       Murid-murid di kelas Pendidikan Khas
3.4       Murid-murid di Kelas Pra
3.5       Sesiapa sahaja yang berminat – sebagai  ujian diagnostik dan ujian kepantasan mengira (congak)-khususnya guru-guru yang terlibat dalam  Matematik

4.       Adakah KF10 berkesan?

4.1       Berdasarkan  kajian tindakan yang telah dijalankan keberkesanan modul ini amat  ketara dan dapat membantu kumpulan murid-murid yang dimaksudkan.
4.2       Untuk membolehkan murid-murid  menguasai  dan dapat menggunakan modul ini mereka perlu menguasai teknik dan kemahiran  modul KF10.
4.3       Oleh kerana  modul ini begitu mudah dan ringkas, penguasaan murid-murid dalam penggunaan KF10 adalah sangat tinggi. Keperluan minima murid  - mereka hanya perlu tahun nilai nombor 0 hingga 10 sahaja.