Hak cipta terpelihara KF10plus

Selasa, 5 Jun 2012

MODUL INOVASI TERKINI K-F10 Q & A KF10


1.       Apa  itu  KF10?

Merupakan modul  p&p Matematik  terkini  khususnya untuk membantu murid-murid yang  lemah atau lambat dalam operasi tambah dan tolak.

2.      Mengapa KF10  dapat  membantu?

2.1       KF10  hanya menggunakan  nombor-nombor dalam lingkungan  0 hingga 10 sahaja.  Oleh itu proses pengiraan menjadi lebih mudah, cepat dan tepat.
2.2       Tiada  lagi  syndrome tak cukup jari” di kalangan murid-murid kerana proses pengiraan hanya menggunakan  10 jari yang ada sahaja.
2.3       Modul  KF10  dapat meningkatkan  minat dan motivasi  murid dan dalam masa yang sama dapat menghindarkan  ‘syindrome sukarnya Matematik’.

3.      Siapa  yang patut menggunakan Modul KF10 ini?

3.1       Murid-murid  yang lambat dan cuai dalam pengiraan  tambah dan tolak di kelas perdana (linus dan linus tegar)
3.2       Murid-murid di kelas Pemulihan Khas
3.3       Murid-murid di kelas Pendidikan Khas
3.4       Murid-murid di Kelas Pra
3.5       Sesiapa sahaja yang berminat – sebagai  ujian diagnostik dan ujian kepantasan mengira (congak)-khususnya guru-guru yang terlibat dalam  Matematik

4.       Adakah KF10 berkesan?

4.1       Berdasarkan  kajian tindakan yang telah dijalankan keberkesanan modul ini amat  ketara dan dapat membantu kumpulan murid-murid yang dimaksudkan.
4.2       Untuk membolehkan murid-murid  menguasai  dan dapat menggunakan modul ini mereka perlu menguasai teknik dan kemahiran  modul KF10.
4.3       Oleh kerana  modul ini begitu mudah dan ringkas, penguasaan murid-murid dalam penggunaan KF10 adalah sangat tinggi. Keperluan minima murid  - mereka hanya perlu tahun nilai nombor 0 hingga 10 sahaja.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan